
Pakej Kompang








Tentang Kami
Penubuhan kompang di kampung baru kundang adalah pada januari 2011. Sewaktu itu, Kompang KBK sebelum ditukar namanya sebenar adalah kompang sinar 12 kundang muhibbah dianggotai seramai 20 ahli terdiri daripada umur 10-27 tahun dan diajar oleh Cikgu Atan. Selepas beberapa bulan, nama kompang ditukar kepada kompang KRT kerana beberapa isu telah berlaku, lalu kompang diteruskan dengan Generasi 1 dan terdiri daripada 10 Ahli kumpulan tetap yang diketuai oleh saudara safwan dan saudari fazlin, banyak Majlis Perkahwinan Dan Majlis Perasmian yang Ahli Kompang sertai. Selain itu, majlis paling bermakna adalah perarakan majlis rumah terbuka yang dihadiri oleh Mantan Menteri Besar Selangor iaitu Arwah Tan Sri Dato’Seri Abdul Khalid bin Ibrahim.



Tentang Kami
Selepas beberapa tahun berlalu, kompang KRT menghadapi masalah kekurangan ahli kumpulan kerana pengunduran ahli kumpulan kerana kerja dan ingin menyambung pelajaran dan masalah-masalah lain. Oleh itu, Kompang KRT ditutup sementara waktu kerana memberi laluan kepada melatih Ahli baru Dan mencari ahli kompang yang baharu. selepas beberapa bulan berlatih barulah Generasi 2 kompang KRT diwujudkan dan aktiviti kompang untuk majlis perkahwinan diteruskan.



Tentang Kami
Selepas Covid-19 melanda, kompang KRT senyap hampir 4 tahun dengan sebab itu, sebahagian Ahli kumpulan kompang Generasi ke-2 mengundur diri kerana alasan masing-masing yang perlu dihormati dengan Ahli kompang yang tersisa, Ahli kompang KRT mencari dan melatih ahli baharu. Selain itu jugak, dalam beberapa bulan ahli kompang mulai ramai dan Generasi ke-3 diwujudkan. Dengan mengambil keputusan dari Ahli kompang, Kompang KRT dengan itu menukar nama dan meletakkan nama baru iaitu Kompang KBK atau dikenali Kompang Kampung Baru kundang.
Tarikh Majlis:
masih kosong
sudah dibooking
tidak available